Negara-negara di United Kingdom
Negara-negara di United Kingdom

Negara-negara di United Kingdom

United Kingdom (UK) terdiri daripada empat buah negara: England, Scotland dan Wales (yang membentuk Great Britain) serta Ireland Utara[1][2] (dengan pelbagai gambaran sebagai sebuah negara, wilayah atau kawasan).[3][4][5]Di dalam United Kingdom, sebuah negara berdaulat kesatuan, Ireland Utara, Scotland dan Wales telah memeperoleh satu tahap autonomi melalui proses penurunan kuasa. Parlimen United Kingdom dan Kerajaan Baginda Ratu bertanggungjawab dalam semua perkara khusus untuk Ireland Utara, Scotland dan Wales, tetapi bukan dalam perkara-perkara umum yang telah diturunkan kepada Dewan Undangan Ireland Utara, Parlimen Scotland dan Perhimpunan Kebangsaan Wales. Tambahan pula, penurunan kuasa di Ireland Utara adalah bersyarat atas kerjasama Eksekutif Ireland Utara dan Pemerintah Ireland (lihat Majlis Kementerian Utara/Selatan) dan Kerajaan British berunding dengan Pemerintah Ireland untuk mencapai persetujuan mengenai beberapa perkara yang tidak diserahkan untuk Ireland Utara (lihat Persidangan Antara Kerajaan British–Ireland). England yang merangkumi majoriti jumlah penduduk dan keluasan UK,[6][7] sepenuhnya tetap menjadi tanggungjawab Parlimen UK yang berpusat di London.